AHLAN WASAHLAN

Wednesday 12 October 2011

TAHNIAH!!!!

Tahniah kepada SIGS kerana terpilih mendapat Sekolah Kluster Kecemerlangan fasa5.Semoga SIGS terus cemerlang hingga ke peringkat yang lebih tinggi...

Thursday 15 September 2011

UPSR

Hari ini berakhir UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH  2011. Didoakan semua murid SIGS yang menduduki UPSR akan berjaya dengan cemerlang.Dan  diharapkan agar murid-murid terus berdoa sehingga keputusan diumumkan.....semoga dengan usaha dan doa yang berterusan akan dimakbulkan okan leh ALLAH. aminnnnnnnnnnnnnnnnnn

Sunday 4 September 2011

SALAM AIDILFITRI

Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa.......tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira...oleh itu marilah kita bersama-sama mengambil peluang ini untuk merapatkan hubungan yang jauh dan saling bermaafan antara satu sama lain.....tpi jgn lupa  melakukan puasa sunat syawal...semoga ibadat kita diterima Allah


Sunday 21 August 2011

MALAM LAILATUR QADAR

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.
firman Allah s.w.t. : 
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar:
Daripada Abu Hurairah r.a.:
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
 

Tuesday 16 August 2011

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Monday 8 August 2011

RUKUN PUASA


RUKUN PUASA
·         Niat puasa                                                                                                                          
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ للهِ تَعَالَى
Ertinya:"sahaja aku berpuasa pada esok hari fardhu bulan ramadhan tahun ini kerana allah Taala".
·         menahan diri daripada perkara yang membatalkannya,bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

DOA BERBUKA


DOA BERBUKA
الَلَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ اَمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ اَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِينَ
rtinya: ”Ya ِ Allah! Aku berpuasa untukmu, dengan rezekimu aku  berbuka, dengan rahmatmu, ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.”

PERKARA SUNAT KETIKA BERPUASA


·         Segera berbuka jika telah tiba waktu maghrib
·         Berbuka dengan kurma atau makanan yang manis atau dengan air
·         Membaca doa berbuka
·         Mengakhiri makan sahur sebelum waktu imsak,agar lebih kuat menahan lapar dan dahaga serta banyak tenaga.
·         Memberikan makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa.
·         Memperbanyakkan amal sedekah dan infak.
·         Memperbanyakkan membaca Al-Quran hingga sekali khatam atau lebih.
·         Meninggalkan percakapan yang tidak berfaedah.

PUASA

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
·         Makan dan minum dengan sengaja
·         Memasukkan sesuatu ke dalam lubang seperti telinga,hidung,mulut,faraj dan dubur.
·         Muntah dengan sengaja
·         Bersetubuh di siang hari pada bulan Ramadhan.
·         Keluar mani dengan sentuhan sendiri atau orang lain.
·         Dating haid atau nifas.
·         Gila
·         Murtad(keluar dari agama Islam).

Monday 1 August 2011

selamat menjalani ibadat berpuasa

Firman Allah yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman, difardhukan kepada kamu untuk berpuasa sebagaimana telah difardhukan ke atas orang-orang yang beriman sebelum kamu, semoga dengannya kamu akan memperolehi ketaqwaan.(Surah al-Baqarah:183).